Design by Nik. Powered by Blogger.
SeLaMat DaTanG Ke Portal InspirasiMylife ini Moga DaPaT mEmBeRi ManFaaT kEpaDa Antum Semua-Syukran بسم الله الرحمن الرحي Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet dan dipercayai 'public domain'.Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman, dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

taNya KaMi

.:Mutiara kata.:

Click Me~
Allah berfirman; "Syurgaku itu lebih cantik daripada mengkuk yang cantik itu, nikmat syurgaku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju syurgaKu itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut"

>> Sunday, July 3, 2011

HATi 
InspirasiMYlife.blogspot.com

Hati adalah tanah kosong yang subur, jika dibiarkan dan tidak pernah diusahakan maka akan tumbuh rerumputan dengan sendirinya, rerumputan yang menghijau akan menarik datangnya sapi dan kambing. Maka dalam diri manusia tersebut akan tumbuh perilaku sapi dan kambing. Hidup cuma sekadar mencari makan, kahwin dan punya anak kemudian mati. Yang ada dalam pemikiran orang sekelas sapi adalah memikirkan urusan perut dan dibawah perut. Ali bin Abu Talib RA. mengatakan”jika manusia cuma memikirkan isi perut maka harganya adalah apa yang keluar dari perut”.

Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, Rasulullah SAW mengingatkan mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud : "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."

Hadis ini memberi gambaran bahawa hati manusia yang rosak boleh diibaratkan sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah hati, jika ia dijangkiti, seluruh badan akan rosak. Jika kerosakan hati itu menjadi semakin besar akan menyebabkan ianya keras dan tidak berfungsi.

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,

“Tidaklah seorang hamba mendapatkan hukuman yang lebih berat daripada hati yang keras dan jauh dari Allah.” (al-Fawa’id, hal. 95).

Allah SWT. Berfirman:
“Sungguh celaka orang-orang yang berhati keras dari mengingat Allah, mereka itu berada dalam kesesatan yang amat nyata).” (az-Zumar: 22)

Syeikh as-Sa’di rahimahullah menerangkan, “Maksudnya, hati mereka tidak menjadi lunak dengan membaca Kitab-Nya, tidak mahu mengambil pelajaran dari ayat-ayat-Nya, dan tidak merasa tenang dengan berzikir kepada-Nya. Akan tetapi hati mereka itu berpaling dari Rabbnya dan condong kepada selain-Nya…” (Taisir al-Karim ar-Rahman, hal. 722).

Ciri-Ciri Orang Berhati Keras
Syeikh as-Sa’di rahimahullah menerangkan, bahawa ciri orang yang berhati keras itu adalah tidak lagi member respon akan larangan dan peringatan dari Allah SWT, tidak mahu memahami apa maksud tuntutan Allah dan rasul-Nya kerana terlalu kerasnya hatinya. Sehingga tatkala syaitan melontarkan bisikan-bisikannya dengan serta-merta seruan itu dijadikan oleh mereka sebagai hujah untuk mempertahankan kebatilan mereka, mereka pun menggunakannya sebagai senjata untuk berdebat dan membangkang kepada Allah dan rasul-Nya (lihat Taisir al-Karim ar-Rahman, hal. 542)

Orang yang berhati keras itu tidak upaya mengambil pelajaran dari nasihat-nasihat yang didengarnya, tidak mampu mengambil manfaat dari ayat-ayat Allah mahupun peringatan-peringatan dari-Nya, tidak tertarik meskipun diberi motivasi dan dorongan, tidak merasa takut meskipun ditakut-takuti. Inilah salah satu bentuk hukuman terberat yang menimpa seorang hamba, yang mengakibatkannya tidak ada petunjuk dan kebaikan yang disampaikan kepadanya kecuali semakin memburukkan lagi keadaannya (lihat Taisir al-Karim ar-Rahman, hal. 225).

Orang yang memiliki hati seperti ini, tidak akan meningkat kesungguhannya dalam menuntut ilmu sebaliknya ianya akan semakin mengeraskan hatinya. Maka sangat wajar, apabila sahabat yang mulia Abdullah bin Mas’ud RA mengingatkan kita semua,

“Ilmu itu bukanlah dengan banyaknya riwayat. Akan tetapi hakikat ilmu itu adalah rasa takut.”

Abdullah anak Imam Ahmad pernah bertanya kepada bapanya, “Apakah Ma’ruf al-Kurkhi itu memiliki ilmu?”. Imam Ahmad menjawab, “Wahai puteraku, sesungguhnya dia memiliki pokok ilmu!! Iaitu rasa takut kepada Allah.”

 

0 comments:

JejaK...

Hosted by imgur.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP