Design by Nik. Powered by Blogger.
SeLaMat DaTanG Ke Portal InspirasiMylife ini Moga DaPaT mEmBeRi ManFaaT kEpaDa Antum Semua-Syukran بسم الله الرحمن الرحي Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet dan dipercayai 'public domain'.Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman, dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

taNya KaMi

.:Mutiara kata.:

Click Me~
Allah berfirman; "Syurgaku itu lebih cantik daripada mengkuk yang cantik itu, nikmat syurgaku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju syurgaKu itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut"

Panduan Untuk Membersihkan Hati

>> Thursday, June 9, 2011

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 


4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

0 comments:

JejaK...

Hosted by imgur.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP