inspirasi kekuatan
>> Friday, January 14, 2011
inspirasi adalah merupakan salah satu semangat kental yang merangkumi cetusan idea ataupun yang berkisarkan tentang tentang pengetahuan perilaku seseorang. Tetapi sejauh mana insipirasi membantu semangat adalah kekuatan emosi, rohani & jasmani. Jangan sesekali mengaku kalah dalam konteks semangat kerana ia akan melumpuhkan ketahanan jiwa raga manusia itu sendiri. Walaupun berat sekali hendak ditanggung, semangat berani terhadap sebarang dugaan & rintangan yang dilalui hendaklah ditempuhi dengan kekuatan minda itu sendiri melalui doa-doa terhadap Allah s.w.t. Dalam artikel kali ini, apa yang ingin diketengahkan adalah mengenai semangat yang luntur terhadap sesuatu cabaran. Walaupun ia mengambil sedikit masa untuk dilalui, jangan sesekali menyerah kalah selagi diri ini masih bernafas dibumi yang nyata ini. Keyakinan terhadap diri sendiri dapat membantu menstabilkan emosi serta semangat spritual yang ada dalam diri itu sendiri. Kedamaian & ketenteraman dari lubuk hati dapat distabilkan dengan mendekati diri kepada Allah s.w.t. Oleh hal demikian, kuatkan semangat anda demi masa depan yang bakal menuju kehadapan dalam dunia realiti ini.
=cetusan dari penulis=
0 comments:
Post a Comment