Design by Nik. Powered by Blogger.
SeLaMat DaTanG Ke Portal InspirasiMylife ini Moga DaPaT mEmBeRi ManFaaT kEpaDa Antum Semua-Syukran بسم الله الرحمن الرحي Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet dan dipercayai 'public domain'.Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman, dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

taNya KaMi

.:Mutiara kata.:

Click Me~
Allah berfirman; "Syurgaku itu lebih cantik daripada mengkuk yang cantik itu, nikmat syurgaku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju syurgaKu itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut"

renungan..

>> Tuesday, July 19, 2011

Daku ingin mencari cinta sejati yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi.
Daku ingin menjadi makmum kepada seorang imam.
Daku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah.
Daku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie.
Daku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid.
Daku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai Allah lebih dari segalanya.........


♥♥Hati-hati dengan fikiran kita kerana ia menjadi kata-kata♥♥
♥♥Hati-hati dengan kata-kata kerana ia berubah menjadi perbuatan♥♥
♥♥Hati-hati dengan perbuatan kerana ia menjadi kebiasaan♥♥
♥♥Hati-hati dengan kebiasaan kerana ia menjadi karakter kita♥♥
♥♥Hati-hati dengan karakter kerana ia menentukan masa depan kita♥♥

Read more...

>> Monday, July 11, 2011

Sains Buktikan Zikir Cerdaskan Otak Jana Kebaikan! 
Category: Others


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
 

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

SUMBER: Ustaz Rohidzir Rais


Read more...

LIMPAHAN RAHMANI 
Category: Others


Manusia Yang Diperhamba Dunia
 
Kesal apabila memikirkan tentang umat, pada masa yang sama, setiap manusia berdepan dengan segala macam cabaran yang mendatang.

Timbul pelbagai alasan demi mengelak dari dibeban amanah. Lalu, sisi-sisi kebaikkan terhakis sedikit demi sedikit, disebabkan tumpuan khusus diberi kepada menyelesai masalah sendiri, sehingga terlupa setiap diri mempunyai tanggungjawab kepada makhluk sekelilingnya.

Mengecap nikmat berupa kaya dan bahagia dikatakan sebagai sumber kepada segalanya.
Tuhan dikatakan diyakini, diimani, namun rupanya nafsu menguasai diri. Sifat-sifat syaitanniah serta haiwaniyyah jelas kelihatan menguasai diri.

Penyakit yang dihidapi ini sukar untuk dirasai, namun apabila ia menjangkiti, maka akan keluarlah cahaya iman dari diri manusia.

Manusia lupa bahawa diri sekadar abdi kepada Illahi. Ibadah yang dikatakan telah ditunaikan, rupanya bukan lahir dari keikhlasan diri. Tetapi sekadar dilakukan untuk menyedapkan hati. Dilaksanakan demi tujuan peribadi, untuk dihormati atau menarik tumpuan umum kepada diri. Maka, hadir riak menguasai diri manusia.

Badaah (nyamuk) telah diangkat oleh ALLAH SWT dalam al-Quran (Surah al-Baqarah: 2: 26), (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir). Menunjukkan bahawa ALLAH SWT Maha Mengetahui akan ehwal hambaNYA dan memberi bandingan antara nyamuk dengan manusia yang berakal bagi tujuan memberi kefahaman kepada manusia tentang perkara yang berada disekelilingnya.

Begitu juga sebagai satu peringatan dengan hikmah kebijaksanaan ALLAH SWT bagi menyedarkan sekalian hambaNYA bahawa selaku hamba, kita menjadi hina andai amanah selaku khalifah tidak ditunai dengan penuh keimanan.

Kerana ALLAH SWT Yang Maha Mulia tidak akan rugi dengan tindak-tanduk hambaNYA yang sombong dan ingkar.

Tujuan perbandingan dilakukan antara manusia dan haiwan ialah untuk memberi kemudahan kepada manusia untuk menjalankan penilaian tentang diri sendiri. Malahan, dengan bandingan sebegitu kecil DIA boleh menjadikan seseorang itu kufur atau taat kepadaNYA.

Maha Suci ALLAH! ALLAH turut menceritakan perihal unta yang sering dipertikaikan oleh para orientalis mutakhir dalam surah al-Ghasiyyah:

Ayat 17: “(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat), tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan?”.

Persoalan-persoalan berupa cabaran dan cemuhan ini sengaja dibentuk oleh para orientalis dalam menganggu gugat keimanan para mukminin.

Nah, hanya mereka yang percaya dan berharap kepada Tuhannya pasti tidak tergugat dengan pernyataan sebegitu.

Betapa ALLAH menidakkan kata-kata orientalis yang mengatakan bahawa al-Quran hanya menceritakan perihal haiwan di negara-negara Arab.

Mereka berusaha untuk menjatuhkan kesucian al-Quran dengan melemparkan pelbagai doktrin palsu. Tujuannya satu, iaitu untuk menyesatkan umat Islam dengan kepalsuan dengan ceritera rekaan mereka.

Firman ALLAH SWT: “Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)”.(Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan ALLAH telah melaknatkan mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka beriman.” (Al-Baqarah: 2:86) (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir)

Selaku hamba ALLAH SWT yang beriman kepadaNYA, maka mukminin terlepas daripada terpedaya pujuk rayu munafiqun ini. Disebabkan kerana kekufuran mereka(orientalis) kepada ALLAH dan Rasul-RasulNYA, kaum yahudi telah dilaknat oleh ALLAH ‘Azza wa Jalla, dan akibatnya mereka menerima bala bencana berterusan dan mereka tidak beroleh selamat dalam iman sepanjang sejarah.

Maka, golongan ini sibuk mencari-cari akan mangsanya. Sudah pasti, di kalangan golongan tersebut ialah muslim yang lemah imannya, kerana hidup tanpa ilmu, egois dan malas berfikir serta berguru dengan nafsu tanpa mempunyai guru.

Firman ALLAH SWT: “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap ALLAH sedang dia diajak kepada agama Islam? Dan ALLAH tiada memberi petunjuk kepada orang yang zalim. Mereka hendak memadamkan cahaya ALLAH dengan mulut mereka, dan ALLAH tetap menyempurnakan cahayaNYA meskipun orang-orang kafir benci. Dialah yang mengutus RasulNYA dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar DIA memenangkan atas segala agama meskipun orang-orang musyrik benci ” (As-Saff: 61:7-9)

Maka, terpukullah golongan-golongan orientalis ini serta golongan sealiran dengan mereka seperti liberalisme, sekularisme, darwinisme, famininsme berkenaan tanggapan yang sengaja mereka cipta.

Golongan kafir yang ingkar ditolak amalan mereka. Itulah kaedah penilaian ALLAH SWT kepada keimanan hambaNYA. Pernah ditanya oleh Saidatina Aisyah R.A tentang Ibnu Jada’an, yang diketahui gemar membantu ibu-ibu tunggal, anak yatim dan orang disekelilingnya.

Dalam sebuah Hadith Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW: ibni Jada’an, rajin menjalin silaturahim, membantu orang susah serta segera dalam berbuat kebajikan. Kata Nabi, dia disisi ALLAH telah mati, tiada nilai apa pun. Begitulah contoh serta ibrah yang ditunjukkan oleh junjungan mulia Rasulullah SAW. Maka, penilaian daripada ALLAH amat berbeza dengan penilaian dimata dan akal manusia.

Lihat penilaian manusia hari ini. Segala-galanya berasaskan kepada apa yang dilihat, tanpa pengharapan kepada Khalik. Penilaian di sisi ALLAH ialah akidah. Apalah gunanya harta yang disedekahkan dalam keadaan ALLAH SWT tidak redha akan dirinya.

Manakala masa serta jerih payah yang dilaburkan atas nama dakwah rupanya tidak mempunyai nilaian pahala disisi ALLAH Yang Maha Mulia. Semuanya punah, kerana hati tidak bersatu dengan kehendak untuk mendapat manfaat dalam usaha dakwah yang tidak dianggap sebagai ibadah. Tetapi untuk mendapat tujuan keduniaan.

Justeru, persoalan yang acap kali kedengaran dibibir-bibir mukminin mengapa aku ditakdir jadi begini, mengapa tidak orang lain dan pelbagai lagi keluhan dan persoalan yang menampakkan kelemahan dinyatakan tanpa rasa iman kepada ALLAH SWT. Seolah-olah ucapan yang dilafaz tidak menggambarkan peribadi mukmin yang beriman. Nauzubillah.

Prof. Hamka menyatakan: Apabila manusia mencipta sesuatu perkara, ia kelihatan cantik dimata pada waktu itu. Namun, setelah hasil ciptaan telah berusia, ia tidak lagi sempurna dimata manusia. Perkara ini berlaku disebabkan ketidaksempurnaan yang dimiliki oleh manusia.

Disebabkan mendahulukan manusia sebagai punca kepada kejayaan yang diingini, sedangkan ALLAH SWT dikesampingkan, maka apabila usaha menemui kegagalan, dengan mudah dakwah ditinggalkan. Paling malang, dakwah dijadikan sebagai alasan kegagalannya dalam mengecap nikmat dunia, yakni kejayaan bersifat sementara.

Malang, kerana manusia yang ingkar, buta hatinya, serta tertutup mindanya dalam menilai kebaikan sebagai tujuan kemuliaan.

Manakala Abu Hassan Ali al-Nadawi (Reaktor Universiti Madinah) dalam satu syarahanya bertanya: “Li maza akhila ala limatal muslimin”(kenapa orang Islam hari ini mundur?).

Jawabnya ialah kerana tidak melihat dan menilai ciptaan ALLAH. Jawaban ringkas ini menjadi asas kepada gambaran terkini umat Islam. Kemalasan yang mencengkam, kerosakan moral belia adalah amaran awal betapa umat Islam hari ini berada di dalam kondisi tidak keruan.

Natijahnya, orang-orang bukan Islam telah menguasai kebanyakan kemahiran, yang mana jika diguna bakal mendatangkan kesan kebaikan dan mampu pula memberi tekanan kepada musuh.

Contohnya, negara-negara barat melihat kepada pepatung, rupanya ia dijadikan draf pembinaan helikopter oleh mereka. Lalu dijual dan dibina, manakala umat Islam sekadar pengguna. Kapal selam tercipta sebegitu rupa diambil daripada kajian keatas ikan. SUBHANALLAH!

Begitulah hasil berfikir, maka akan lahir taakul. Ia wujud hasil daripada keinginan untuk mendapat manfaat dengan melihat ciptaan ALLAH SWT. Lalu dengan penuh keyakinan, seorang hamba yang patuh kepada tuannya, pasti akan melakukan segala arahan dan meninggalkan tegahan kerana dia yakin, walau tidak kelihatan nikmat dan keindahan yang dijanjikan, serta tidak merasa azab berupa kepedihan, dia pasti dan akan tunduk kepada segala suruhan dan menjauhi larangan.

Jika apabila sesama manusia yang berpangkat, manusia segera berubah tingkah laku kerana hormat akan pangkat yang dimiliki, manakala pangkat tersebut dikurnia dan diletak nilainya oleh manusia juga. Maka bagaimana pula apabila berdepan dengan Maha Pencipta serta Raja kepada segalanya.

Read more...

>> Sunday, July 3, 2011

HATi 
InspirasiMYlife.blogspot.com

Hati adalah tanah kosong yang subur, jika dibiarkan dan tidak pernah diusahakan maka akan tumbuh rerumputan dengan sendirinya, rerumputan yang menghijau akan menarik datangnya sapi dan kambing. Maka dalam diri manusia tersebut akan tumbuh perilaku sapi dan kambing. Hidup cuma sekadar mencari makan, kahwin dan punya anak kemudian mati. Yang ada dalam pemikiran orang sekelas sapi adalah memikirkan urusan perut dan dibawah perut. Ali bin Abu Talib RA. mengatakan”jika manusia cuma memikirkan isi perut maka harganya adalah apa yang keluar dari perut”.

Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, Rasulullah SAW mengingatkan mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud : "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."

Hadis ini memberi gambaran bahawa hati manusia yang rosak boleh diibaratkan sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah hati, jika ia dijangkiti, seluruh badan akan rosak. Jika kerosakan hati itu menjadi semakin besar akan menyebabkan ianya keras dan tidak berfungsi.

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,

“Tidaklah seorang hamba mendapatkan hukuman yang lebih berat daripada hati yang keras dan jauh dari Allah.” (al-Fawa’id, hal. 95).

Allah SWT. Berfirman:
“Sungguh celaka orang-orang yang berhati keras dari mengingat Allah, mereka itu berada dalam kesesatan yang amat nyata).” (az-Zumar: 22)

Syeikh as-Sa’di rahimahullah menerangkan, “Maksudnya, hati mereka tidak menjadi lunak dengan membaca Kitab-Nya, tidak mahu mengambil pelajaran dari ayat-ayat-Nya, dan tidak merasa tenang dengan berzikir kepada-Nya. Akan tetapi hati mereka itu berpaling dari Rabbnya dan condong kepada selain-Nya…” (Taisir al-Karim ar-Rahman, hal. 722).

Ciri-Ciri Orang Berhati Keras
Syeikh as-Sa’di rahimahullah menerangkan, bahawa ciri orang yang berhati keras itu adalah tidak lagi member respon akan larangan dan peringatan dari Allah SWT, tidak mahu memahami apa maksud tuntutan Allah dan rasul-Nya kerana terlalu kerasnya hatinya. Sehingga tatkala syaitan melontarkan bisikan-bisikannya dengan serta-merta seruan itu dijadikan oleh mereka sebagai hujah untuk mempertahankan kebatilan mereka, mereka pun menggunakannya sebagai senjata untuk berdebat dan membangkang kepada Allah dan rasul-Nya (lihat Taisir al-Karim ar-Rahman, hal. 542)

Orang yang berhati keras itu tidak upaya mengambil pelajaran dari nasihat-nasihat yang didengarnya, tidak mampu mengambil manfaat dari ayat-ayat Allah mahupun peringatan-peringatan dari-Nya, tidak tertarik meskipun diberi motivasi dan dorongan, tidak merasa takut meskipun ditakut-takuti. Inilah salah satu bentuk hukuman terberat yang menimpa seorang hamba, yang mengakibatkannya tidak ada petunjuk dan kebaikan yang disampaikan kepadanya kecuali semakin memburukkan lagi keadaannya (lihat Taisir al-Karim ar-Rahman, hal. 225).

Orang yang memiliki hati seperti ini, tidak akan meningkat kesungguhannya dalam menuntut ilmu sebaliknya ianya akan semakin mengeraskan hatinya. Maka sangat wajar, apabila sahabat yang mulia Abdullah bin Mas’ud RA mengingatkan kita semua,

“Ilmu itu bukanlah dengan banyaknya riwayat. Akan tetapi hakikat ilmu itu adalah rasa takut.”

Abdullah anak Imam Ahmad pernah bertanya kepada bapanya, “Apakah Ma’ruf al-Kurkhi itu memiliki ilmu?”. Imam Ahmad menjawab, “Wahai puteraku, sesungguhnya dia memiliki pokok ilmu!! Iaitu rasa takut kepada Allah.”

 

Read more...

rahsia zikrullah 
InspirasiMYlife.blogspot.com


Dalam sebuah firmanNya Allah mengingatkan dan menjelaskan, sesungguhnya orang yang berzikir itu mendapat keuntungan. Allah tidak sengaja memberi penjelasan itu apa lagi bertujuan untuk menipu kerana Dia terpelihara dari sifat-sifat keji begitu. JanjiNya adalah tepat dan benar. Sudah tentu orang yang mengingatiNya (berzikir) itu akan mendapat keuntungan dan pahala yang besar, baik di akhirat ataupun di dunia ini.

FirmanNya.......

"Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat."
Al-A'laa 14-15

Bila mengingatkan kepada peringatan itu sudah tentu kita mahu mengetahui apakah keuntungan yang dijanjikan itu. Menjadi fitrah manusia ia mengharapkan penjelasan terhadap sesuatu yang dijanjikan itu serta mahu huraian yang memuaskan sebelum ia cenderung untuk menerimanya. Seperti perihal zikir ini semua manusia mahu mengetahui kedudukan yang sebenarnya. Apakah yang dikatakan keberuntungan itu? Cuma satu menjadi masalah bila mengetahui keberuntungan itu, kadang-kadang manusia dengan tiba-tiba menjadi rajin untuk melakukan sesuatu. Apakah janji itu hanya sebagai pancingan untuk meransang manusia agar rajin mengingati Allah?

Dalam hal ini perlu diingatkan, jangan pula setelah mengetahui keberuntungan yang bakal diperolehi itu, menyebabkan kita menjadi rajin dan mengharap-harapkan kepadanya. Kita menanti-nanti akan keberuntungan itu dengan berzikir. Kalau kita sudah berkelakuan begitu, kita sudah tidak ikhlas lagi dalam beramal. Keadaan itu telah merosakkan tujuan dan juga matlamat kita beramal (berzikir).

Firman Allah Ta'ala.......

"Dan serulah Ia (Allah) dengan mengikhlaskan agama bagiNya."

Al-A'raaf 29

Sebenarnya banyak rahsia ataupun keuntungan yang bakal diperolehi oleh seseorang yang kuat berzikir kepada Allah. , keuntungan itu satu realiti yang tidak boleh dinafikan.

Antara firmanNya.......

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."

dan lagi.......

"Kerana itu ingatlah kepadaKu nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan jangan kamu mengingkari nikmatKu."

Al-Baqarah 152


Read more...

>> Friday, July 1, 2011

Assalamualaikum...

Bismillahirahminirahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Ya Allah,
hambaMu ini dtg dgn rse rendah diri,
seorg hamba yg sngat lemah,
seorg hamba yg sngat jahil,
seorg hamba yg pendosa,
seorg hamba yg sngat kerdil...

Kau Maha Kuasa,Kau Maha Besar,Kau Maha Bijaksana,
Kau Maha Pengampun,
Kaulah segala2nya bagiku yg serba kekurangan ini...

Ya Allah,
kuatkan lah daku,
muliakanlah daku,
ajarilah daku ya Allah...

tanpaMu,daku tak mampu utk teruskan lgkah sbg hamba di muka bumiMu dlm mghabiskan saki-baki hidup ini...
daku sayang sngat padaMu...
daku rindu sngat padaMu..
daku cinta sngat pdMu Ya Allah...

daku berharap sngat agar air mata yg tertitis ini hanya kerana CINTA akan Mu..
aku lemah dan takterdaya ya Allah,
daku tak kuat ya Allah,
agar air mata yg membasahi pipi ini mnjadi bukti SAYANG pd Mu..

bile daku renungkan kembali segala yg Kau kurniakan pd daku,sgguh terharu sekali...
selalu saje daku bt Kau murka,tapi,sedikit pon Kau takamik nikmat driku,malah Kau masih mngurniakan bermacam2 nikmat...

Sayangnya pd Mu ya Allah..
sgguh Hebat Mu ya Allah..
kdg2 bile daku sebut nama Mu,
air mata ini sudah mngerti utk dititiskan,
agar setiap tindak tnduk daku berpaksi kan pd agama Mu,
agar diri ini sentiasa syg akan Engkau dan kekasih Mu,
nabi Muhammad SAW..

agar hati ini setiasa berpaut pd agama Mu,
agar fikiran daku sama dgn fikir risau kekasih Mu,
agar amalan daku berlandaskan sunnah kekasih Mu,
agar akhlak ku semulia akhlak kekasih Mu,
agar diri ini,ayah,ummi,adik2 dan seluruh umat manusia mnjadi penghuni syurga Mu..
insyaAllah..
jika ditakdirkan nama kami ada di dalam neraka,maka padamkan lah Ya Allah,senaraikan lah nama2 kami,sbgai penghias syurga Mu agr dpt kami bertemu dgn Mu,kami amat merindui Mu..amin.. amin..amin..

Daku sayang pada Mu,Ya ALLAH...

Read more...

>> Thursday, June 30, 2011

Limpahan Rahmani... 
Category: renungan



Ciri-ciri akhlak yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan

1.Bersifat Wara' dari melakukan perkara-perkara yang syubhat:
Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkan ajaran dari hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Yang bermaksud: Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran,yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka sesiapa yang memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam kesamaran,jatuhlah ia ke dalam yang haram, seperti seorang penggembala yang menggembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya)makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan.Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkannya.Ketahuilah!Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. 
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)


2. Memelihara Penglihatan:
Seseorang muslim itu mestilah memelihara dirinya dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan merupakan faktor yang membawanya ke kancah pelanggaran dan maksiat.Berhubung dengan perkara-perkara ini Al-Quran mengingatkan orang-orang mukmin supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah.

Allah s.w.t berfirman:
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki
yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang
yang haram). 

(Surah An-Nur, Ayat: 30)



3.Memelihara Lidah:
Seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, perbuatan-perbuatan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu domba.

Rasulullah s.a.w yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas yang empunya diri:
Yang bermaksud: Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu
sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya.
 (Hadis Riwayat Tirmizi).

4. Bersifat Pemalu:
Seseorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan.
Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari
memperkatakan kebenaran.



5. Bersifat Lemah-lembut dan Sabar:
Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan.


Read more...

JejaK...

Hosted by imgur.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP