Design by Nik. Powered by Blogger.
SeLaMat DaTanG Ke Portal InspirasiMylife ini Moga DaPaT mEmBeRi ManFaaT kEpaDa Antum Semua-Syukran بسم الله الرحمن الرحي Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet dan dipercayai 'public domain'.Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman, dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

taNya KaMi

.:Mutiara kata.:

Click Me~
Allah berfirman; "Syurgaku itu lebih cantik daripada mengkuk yang cantik itu, nikmat syurgaku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju syurgaKu itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut"

ramadhan

>> Thursday, July 21, 2011

Road To Ramadhan 1432H 

"Dalam kehidupan ini, kita perlu kepada satu time frame yang khusus untuk menghadapi sesuatu. Tanpa persiapan dan persediaan yang rapi, kita mungkin akan tersungkur atau gagal dalam mencapai kejayaan yang sempurna. " (Syeikh Muhammad Abduh)

Tamsilannya, bakal penuntut institut pengajian tinggi yang tiada persiapan dan persediaan yang rapi, mereka ini berisiko besar untuk kecundang dalam pengajiannya. Meskipun mereka mampu untuk menamatkan pengajian, mereka mungkin hanya bergelar graduan kelas kedua sahaja.
Begitulah juga kita sebagai seorang Muslim. Dalam menghadapi bulan Ramadhan, tanpa persiapan yang rapi, kebarangkalian untuk kita gagal dalam mengharungi Ramadhan itu sangat tinggi.

Ini adalah natijah puasa bagi orang-orang yang tidak melakukan persiapan yang rapi bagi menghadapinya:

1) Kita mungkin mampu puasa, tapi sekadar puasa orang awam.

Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, tingkatan puasa diklasifikasi kepada tiga:

i) Puasa umum - puasa dengan tingkatan paling rendah iaitu menahan dari makan, minum dan jima'.
ii) Puasa khusus - di samping menahan yang tiga hal tadi, individu itu juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela.
iii)Puasa khusus yang lebih khusus lagi - puasa hati dari segala kehendak hina dan segala pikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah.

2) Kita mungkin mampu qiam, tapi sekadar 10 malam yang pertama.

"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas." Riwayat Bukhari dan Muslim

3) Kita mungkin mampu membaca al-Quran, tapi hanya sekadar 10 juzuk pertama.

"Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda: Puasa dan Qur'an itu memintakan syafa'at seseorang hamba di hari Kiamat nanti. Puasa berkata : Wahai Rabbku,aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafa'at baginya. Dan berkata pula AL-Qur'an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat." (H.R. Ahmad, Hadis Hasan).

4) Kita mungkin mampu berzikir, tapi mengumpat itu lebih banyak mendahuluinya.

Umar al-Khatthab R.A berkata, "Orang yang berzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.

Sehubungan dengan itu, penulis menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan kepada pembaca-pambaca lain untuk membuat satu perancangan rapi bagi menghadapi bulan Ramadhan kali ini. Moga pada Ramadhan kali ini, kita dapat menempuhinya dengan ilmu yang penuh di dada, bukannya seperti seorang pelajar yang 'malas study' untuk menjawab peperiksaannya.

ROAD TO RAMADHAN

i) Lazimi solat berjemaah setiap waktu di masjid dan beri'tikaf di masjid.
ii) Baca al-Quran sejuzuk sehari.
iii) Puasa sunat Isnin Khamis.
iv) Perbanyakkan ibadah sunat seperti qiamullail, sedekah, berzikir dan sebagainya.
v) Tinggalkan perbualan atau percakapan yang kosong.
vi) Bangun awal 30 minit sebelum waktu solat Subuh.
Glosari

1) Time frame=Tempoh Masa

2) Tamsilan=Perumpamaan

3) Qiam=Bangun

- Artikel iluvislam.com
Biodata Penulis

Mohd Noor Hisyam Ahmad merupakan pelajar tahun 1 sarjana muda Usuluddin di Universiti Mu'tah, Jordan.http://hisyamalfattah.blogspot.com.

0 comments:

JejaK...

Hosted by imgur.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP