Design by Nik. Powered by Blogger.
SeLaMat DaTanG Ke Portal InspirasiMylife ini Moga DaPaT mEmBeRi ManFaaT kEpaDa Antum Semua-Syukran بسم الله الرحمن الرحي Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet dan dipercayai 'public domain'.Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman, dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

taNya KaMi

.:Mutiara kata.:

Click Me~
Allah berfirman; "Syurgaku itu lebih cantik daripada mengkuk yang cantik itu, nikmat syurgaku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju syurgaKu itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut"

'Tidak salah asal tahu batasan'

>> Tuesday, June 28, 2011

ISU jodoh tidak pernah selesai, baik yang sudah berumur mahupun mereka yang baru bertatih dalam hidup - masing-masing berhasrat menentukan perjalanan jodohnya.
Namun, persoalannya, adakah sesuai golongan mahasiswa yang masih belajar, ditanggung ibu bapa dan belum tentu masa depannya mula merencanakan perjalanan pencarian jodoh sebaik menjejakkan kaki di menara gading?
Alasan takut tidak 'laku', 'saham sedang menjulang', selain 'dia boleh menjadi sumber inspirasi' diberikan semata - mata mahu meyakinkan masyarakat bahawa pencarian jodoh di menara gading tidak salah mahupun boleh dipertikaikan.

Lebih hebat hujahnya apabila menyatakan pencarian ilmu serta perencanaan jodoh perlu berjalan seiring bagi mencari pasangan sealiran untuk memupuk persefahaman awal sebelum melangkah alam kerjaya.
Bagaimanapun, lain pula persepsi masyarakat yang menganggap menara gading tempat menimba ilmu demi masa depan manakala soal mencari jodoh ditangguhkan dulu sebelum menggenggam segulung ijazah.

Percanggahan pendapat keduanya sekali gus mewujudkan konflik serta mengundang persoalan sama ada hujah itu boleh diterima atau sebaliknya.

Kaunselor Berdaftar, Seksyen Kaunseling Pelajar, Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, berkata pencarian jodoh di kalangan mahasiswa sudah lama wujud, justeru, bukan janggal jika tradisi berkenaan masih berlangsung pada zaman ini.
Beliau berkata, tidak salah mereka memulakan langkah mencari jodoh asalkan tidak mengganggu atau merosakkan matlamat asal menjejak kaki di menara gading.

"Tidak perlu mempertikaikan tindakan ini kerana budaya mencari jodoh di kampus bukan baru, malah universiti lokasi 'strategik' bagi memulakan hubungan kerana ada ramai bakal pasangan baru yang sealiran.
"Apabila tradisi itu diteruskan masa kini, ia tidak janggal dan masih boleh diterima apatah menjadi hak individu bagaimana mahu merencanakan perjalanan masa depannya. Asalkan perlakuan itu tidak melanggar norma masyarakat, tiada salahnya.

"Apa yang menjadi masalah, apabila mahasiswa menjadi alpa dan lupa diri, mula memasang angan-angan menjangkau kemampuan hingga menggelapkan masa depan hingga gagal dalam pengajian.
"Senario itu yang paling banyak terjadi hingga meragut kepercayaan masyarakat hingga timbul tanggapan belum tiba masanya golongan terbabit mencari jodoh di kampus," katanya.

Meskipun ketentuan jodoh boleh berlaku di mana-mana, kampus dianggap tempat paling sinonim untuk memulakan langkah pertama mencari pasangan sehati sejiwa kerana pelbagai faktor, antaranya kekerapan bertemu boleh membuahkan persefahaman.

Tidak menolak faktor itu, Siti Fatimah berkata di kampus banyak asas pengalaman dan ilmu baru mengenai selok-belok perhubungan antara pasangan berlawanan gender boleh dipelajari, diperhati dan difahami.

Apatah lagi, langkah menjadi semakin panjang kerana 'bebas' daripada kongkongan ibu bapa selain memasuki alam baru lebih terbuka sesuai dengan peralihan usia kanak - kanak ke remaja.

"Dengan kawalan 'longgar', mempunyai ramai teman sealiran yang sentiasa bercerita, momokan indah dan sebagainya, sudah pasti mudah terpesona dan menganggap hidup 'berpasangan' lebih indah. Di situlah hasrat membina angan-angan dan impian menjadi lebih mengebu - gebu.
"Terpengaruh pula dengan pandangan skeptikal menyatakan mahasiswa terutama wanita sukar mendapat jodoh bila sudah berkerjaya, hasrat itu ingin direalisasikan dalam tempoh pengajian.

"Bagi mereka, tiada salahnya belajar dan pada masa sama merencana masa depan dengan membuat perancangan mencari jodoh. Peluang sudah ada di depan mata, rugi jika melepaskannya tanpa mencuba meskipun risiko dipertaruhkan juga cukup besar," katanya.

Meskipun senario berkenaan normal, masyarakat melihat situasi itu lebih membawa kerumitan apatah lagi jika mahasiswa gagal menilai dan tidak mampu fokus kepada tuntutan akademik atau peribadi sekali gus.

Akibatnya, banyak masalah timbul dengan kesan terburuk terbabit masalah sosial atau gagal pengajian.

Siti Fatimah berkata setiap tindak-tanduk dilakukan tanpa pertimbangan rasional pasti akan mewujudkan impak sebaliknya yang bukan saja akan menjurus seseorang kepada kekecewaan, malah hilang fokus dalam hidup.

"Teguran atau kebimbangan masyarakat adalah kerana mereka sering melihat bagaimana sukarnya mahasiswa bergelut dengan kegagalan jika hubungan dijalin bermasalah atau terputus.

"Jika mahasiswa tahu membawa diri dan meletakkan keutamaan di tempat betul, mungkin tentangan diterima hanya sedikit. Masalahnya golongan terbabit tidak mencerminkan kebenaran sebab itu masyarakat mempertikaikannya," katanya.

Ditanya sama ada tindakan mencari jodoh di kampus disebabkan takut bakal digelar andalusia, beliau berkata terpulang individu terbabit mentafsirkannya.

"Pencarian jodoh di menara gading ada sebabnya, mungkin kerana sekufu, pengaruh persekitaran, keinginan dan sebagainya juga disebabkan takut memegang status andalusia kerana taksub pada pekerjaan.

"Ia sukar diberi jawapan tepat namun ditekankan mencari jodoh di kampus bukan jaminan ia mampu berkekalan hingga jinjang pelamin. Pergaulan lebih luas di alam pekerjaan juga boleh menjadi penyumbang keretakan hubungan.

"Hakikatnya, soal jodoh sangat subjektif kerana tidak boleh ditentukan biarpun boleh dirancang. Dengan kata lain, biarpun kita menyediakan diri dengan pencarian jodoh itu, bukan ketentuan diri yang merealisasikannya, jadi perlu bijak membuat pertimbangan," katanya.

0 comments:

JejaK...

Hosted by imgur.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP