Design by Nik. Powered by Blogger.
SeLaMat DaTanG Ke Portal InspirasiMylife ini Moga DaPaT mEmBeRi ManFaaT kEpaDa Antum Semua-Syukran بسم الله الرحمن الرحي Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet dan dipercayai 'public domain'.Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman, dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

taNya KaMi

.:Mutiara kata.:

Click Me~
Allah berfirman; "Syurgaku itu lebih cantik daripada mengkuk yang cantik itu, nikmat syurgaku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju syurgaKu itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut"

INFO ISLAM DAN SUKAN

>> Thursday, December 30, 2010

Sesungguhnya memang benar firman Allah SWT `Dan tidak Kami utuskan kau(Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Inilah matlamat kedatangan Rasulullah s.a.w yang membawa risalah Islam untuk semua manusia. Islam bererti patuh dan tunduk kepada Allah SWT. Oleh itu Muslim bererti orang yang patuh dan tunduk kepada Allah SWT.

Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek peribadatan semata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan tidak terkecuali, sukan. Ini ialah kerana Islam amat peka terhadap pembangunan aspek spiritual, jasmani, intelektual dan emosi manusia agar proses transformasi yang di lakukan dalam dimensi-dimensi ini dapat melahirkan manusia bertaqwa, seimbang, berilmu, berakhlak, sihat, intelek, berdisiplin serta teguh pendirian.
Allah sebut di dalam Al-Quran `Tidak Kami Abaikan Sesuatu pun di dalam Al Kitab’(Surah Al-An’am, 38). Al-Quranlah sumber inspirasi, motivasi, ilmu pengetahuan, pengubat pelbagai penyakit fizikal, emosi dan rohani dan yang menjelaskan segala perkara yang bersangkut paut dengan perkara duniawi dan ukhrawi. Ini ialah kerana ia adalah wahyu Allah SWT Sudah tentu Pencipta manusia lebih bijaksana daripada manusia itu sendiri. Pembuat jam sudah tentu lebih mengetahui mengenai komposisi jam itu, kelemahanya dan bagaimana untuk menggerakkanya daripada orang yang memakai jam tersebut. Begitu juga Allah SWT lebih tahu mengenai apa yang baik untuk manusia daripada manusia itu sendiri kerana Dialah yang menciptakan manusia. Allah sudah menentukan hanya cara hidup Islam sahaja yang menjamin kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat.

Oleh kerana itulah Islam melihat proses pembinaan fizikal yang utuh seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan . Tugasnya termasuk seperti firman Allah SWT

`Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan daripada manusia. Kamu mengajak kepada kebaikan, kamu melarang daripada kejahatan dan kamu beriman kepada Allah’.

Apabila seseorang Muslim itu sihat ia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang di amanahkan kepada nya oleh Allah SWT serta tanggungjawab lain yang di amanahkan oleh manusia lain kepada nya samada dalam sesebuah organisasi, persatuan, kelab, rumahtangga, masyarakat atau pemerintahan. Setiap individu di anugerahkan oleh Allah SWT dengan potensi dan bakat yang tersendiri.

Kita haruslah mengembangkan potensi dan bakat yang di anugerahkan kepada kita oleh Allah SWT dengan cara yang di benarkan oleh syariat Islam bukan melalui cara-cara yang bercanggah dengannya. Gunakanlah potensi dan bakat ini untuk mengajak manusia supaya kembali kepada cara hidup Islam. Ini termasuk potensi dan bakat dalam aktiviti sukan.
Sebab itu ada perpatah Arab yang berbunyi

`Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’
Badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim samada dia seorang pelajar atau apa sahaja profesyen yang dia ceburi. Malah kualiti dalam hasil kerjanya juga akan terserlah dan akan meningkat dari masa kesemasa di sebabkan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan mampu memberi penumpuan dan fokus kepada kerjanya.

Sebab itulah Rasulullah bersabda `Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat dari orang Mu’min yang lemah’ Seseorang Muslim mempunyai banyak tanggungjawab yang harus di laksanakan termasuk tanggungjawab terhadap dirinya, keluarganya, ibubapanya, saudara seagamanya, jirannya, masyarakatnya dan negara. Ini sudah tentu memerlukan kesihatan tubuh badan agar dia dapat melakukan amal soleh dan kerja-kerja kebajikan dan meningkatkan kualiti kerjanya. Bagaimana boleh seorang Muslim melaksanakan ayat Quran yang berbunyi `Berlumba-lumbalah melakukan kebaikan’ (Surah Al-Maidah)sekiranya dia sentiasa menghadapi masalah kesihatan.

Malah kita di tuntut untuk membuat persediaan untuk menghadapi kekuatan musuh `Perlengkapkanlah diri kamu untuk mereka(musuh) sekadar yang terdaya dari kekuatan’(Al-Anfal: 60)

Walaubagaimanapun ini tidak bermaksud seseorang Muslim itu harus terlibat dalam sukan atau apa sahaja aktiviti jasmani sehingga lupa kepada tanggungjawab-tanggungjawab lain. Allah SWT tidak meredhai seorang Muslim yang begitu seronok bersukan sehingga dia melupai waktu solatnya. Atau seorang Muslim yang menyertai aktiviti sukan tanpa memikirkan pakaian yang sesuai dan menutup aurat sehingga auratnya terdedah kepada penglihatan orang lain dan ini adalah di haramkan oleh Islam. Islam mahu menutup `pintu-pintu kerosakan’ dan aktviti-aktiviti atau faktor-faktor yang boleh menyebabkan teransangnya nafsu syahwat lelaki kepada wanita dan sebaliknya yang bukan suami isteri adalah mengundang kepada kerosakan dan kehinaan dalam masyarakat.

Oleh kerana itulah, kita dapat lihat gejala sosial dan penyakit yang berpunca daripada hubungan bebas lelaki dan wanita semakin berleluasa kerana manusia ingkar terhadap panduan dan peraturan yang di tetapkan Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dan mereka tunduk kepada telunjuk hawa nafsu mereka. Allah berfirman `Tidakkah kamu melihat manusia yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhanya? Manusia yang di ciptakan oleh Allah SWT agar tunduk dan patuh kepada Nya memilih jalan yang merosakkan dirinya dengan mematuhi kehendak nafsunya.

Oleh itu Islam amat menekankan agar peraturan dan panduan Islam di patuhi dalam semua aspek termasuk dalam aktiviti sukan yang amat di galakkan dalam Islam.
Selain daripada itu kita mahu supaya aktiviti sukan yang kita libatkan diri akan di kira sebagai ibadah dan di terima oleh Allah SWT sebagai bekalan di hari akhirat kelak apabila kita bertemu dengan Allah SWT untuk di kira segala amalan kita dan di hisan oleh Nya samada kita di masukkan kedalam syurga atau nereka. Untuk itu kita harus pastikan agar aktiviti sukan atau apa sahaja program pembangunan jasmani yang kita hadiri memenuhi syarat-syarat berikut:


  1. Niat kita haruslah untuk menjaga kesihatan badan agar mendapat keredahaan Allah SWT
  2. Aktviti itu tidak lakukan dalam suasana yang bercanggah dengan syariat Islam.
Dalam Islam `Matlamat tidak menghalalkan cara’ atau `al ghayah la tubarrirul wasilah’. Matlamat yang baik iaitu untuk menjaga kesihatan badan tidak harus di cemari dengan cara atau pendekatan yang bercanggah dengan syariat Islam. Kita tidak mahu usaha menyihatkan badan melalui aktiviti sukan tidak di kira sebagai ibadah oleh Allah SWT dan ia menjadi sia-sia sahaja.
Rasulullah s.a.w selalu berdoa `Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku’ (Allahuma a`fini fi badani, Allahuma a`fini fi sam’I, Allahuma `afini fi basori)

Kita juga di tuntut untuk berdoakan diri kita seperti ini agar Allah SWT sentiasa memberikan kesihatan kepada keseluruhan tubuh badan kita.
Almarhum Ustaz Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya `Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam’ jilid satu menyebut:

`Sebab itu Islam menganjurkan kita mempelajari berenang, memanah, menunggang kuda dan sebagainya. Al Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengelilingi para sahabatnya dalam kumpulan-kumpulan memanah seraya mengalakkan mereka katanya `Memanahlah kamu dan aku juga akan menyertai kamu sekalian’

Walaubagaimanapun kita harus ingat bahawa sakit dan sihat itu adalah anugerah Allah SWT dan aktiviti sukan itu hanyalah usaha manusia untuk menjaga kesihatannya. Oleh itu kita harus bersyukur kepada Allah SWT apabila kita di anugerahkan dengan kesihatan tubuh badan dan tidak merasa megah dan sombong sehingga kita lupa bahawa ini semua adalah anugerah Allah SWT kepada kita.

Dalam Al-Quran di sebut `Dan apabila aku sakit, Dia(Allah)lah yang menyembuhkan’ Oleh itu kita haruslah sentiasa memohon kepada Allah dan mengharapkan bantuan dan pertolonganNya kerana hanya Dia sahajalah yang dapat memenuhi permohonan kita. Islam menyuruh kita berusaha dengan pelbagai cara seperti berjumpa doktor, bersukan dan makanan yang baik dan halal untuk menjaga kesihatan tetapi yang menentukan segala-galanya adalah Allah SWT. Oleh itu kita harus bersyukur dan sentiasa berharap kepadaNya.

Gunakanlah waktu kita sihat dengan bijak dan tidak membuang masa dengan percakapan dan perbuatan yang tidak baik serta berusahalah untuk meningkatkan amal perbuatan yang di redhai oleh Allah sebagaimana yang di gariskan dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila kita sakit kita akan sedar betapa pentingnya waktu sihat itu di manfaatkan dengan cara yang berkesan kerana apabila kita sakit kita tidak mampu atau lemah untuk berbuat apa-apa walaupun untuk beribadah. Masa kita dalam keadaan sakit dan lemah inilah biasanya manusia akan memohon kepada Allah SWT agar dia cepat semboh supaya dia dapat melakukan perkara-perkara yang biasa di lakukan setiap hari.

Jangan kita lupa menziarahi rakan yang sakit sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT yang memberi kita kesihatan dan kita harus mendoakan agar dia cepat sembuh. Ini juga merupakan tanggungjawab seorang Muslim kepada seorang Muslim yang lain dan merupakan strategi dakwah yang berkesan untuk menarik manusia supaya bersama-sama dalam barisan Islam. Rasulullah sendiri pernah di riwayatkan menziarahi seorang Yahudi yang sakit yang membenci baginda sehingga akhirnya orang Yahudi itu memeluk agama Islam.

Oleh itulah marilah kita bersama-sama menggerakkan aktiviti sukan untuk kekuatan dan kesihatan badan agar dapat melahirkan minda yang sihat dan cergas untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat sebagaimana yang kehendaki oleh Pencipta yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui iaitu Allah SWT. Di waktu yang sama kita jangan lupa bahawa Allah sentiasa memperhatikan kita dan setiap perbuatan baik dan buruk yang kita lakukan akan di catit dan menerima balasan yang setimpal.
Wallahu a'lam

Read more...

Batik oh batik..Crepe | Sutera | Kaftan

>> Friday, December 24, 2010

Korang nk dpt batik sutera eksklusif Terengganu??..just kat sini hanya nk share..mesti tercari2 kan kat mne2 kn..so korang leh je layari web http://www.bazaarterengganu.blogspot.com. Lagipn harga yang ditawarkan memang berbaloi dengan diskaun2 ekslusif..jarang nk jpe lar..kualiti yang boleh dipercayai..=)

Read more...

info kesihatan | Sakit perut tanda kanser usus

>> Tuesday, December 21, 2010

PERNAHKAH anda mengalami gastritis? Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak mengetahui apa itu gastritis kerana ia merupakan nama saintifik bagi penyakit angin atau sakit perut.
Gastritis atau angin bukanlah satu penyakit. Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut.
Tetapi merupakan tanda-tanda awal kanser perut.

Menurut Pakar Bedah dan Runding Gastrointestinal, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Ramesh Gurunathan, sekiranya mereka yang mengalami sakit perut berlarutan atau kerap mengalaminya, dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor atau melakukan ujian endoskopi.
Malah tambah beliau, sekiranya ia tidak dirawat dengan segera ia boleh membawa maut.
''Keadaan ini (angin) disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai helicobacter pylori iaitu sejenis bakteria yang boleh dirawat dengan antibiotik.

''Tetapi sekiranya ia (bakteria tersebut) tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa maut di mana bakteria tersebut akan bertukar menjadi sel-sel kanser.
''Untuk itu, sekiranya pesakit mengalami sakit perut yang kerap ataupun berlarutan, selain diberikan ubat oleh doktor, mereka juga berhak untuk melakukan ujian endoskopi untuk mengetahui penyakit sebenar,'' ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, di Malaysia, kanser perut merupakan penyakit yang ketujuh tertinggi di kalangan kaum lelaki manakala bagi wanita pula ia merupakan penyakit yang ke-10.
Sebanyak 50 peratus daripada penduduk dunia sememangnya dijangkiti dengan bakteriahelicobacter pylori dan 90 peratus masyarakat setempat akan mengalami sakit perut atau angin.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, antara tahun 1997 hingga 2007, di Malaysia terdapat 13,539 kes dan setiap tahun lebih daripada 100 orang akan meninggal.
Jika dilihat tahun-tahun sebelum ini, terdapat 800 kes baru yang dikesan tetapi bermula daripada tahun 2000 jumlah tersebut telah meningkat sehingga 1,000 kes.
Peningkatan angka tersebut menurut Dr. Ramesh kerana di Malaysia sendiri kurang pendedahan diberikan kepada masyarakat mengenai kanser perut.

Berbicara dengan lebih lanjut mengenai kanser perut, jelas Dr. Ramesh lagi, secara amnya, inflamasi terjadi akibat jangkitan bakterium yang sama dengan ulser perut dan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada gastritis termasuklah kecederaan traumatik dan penggunaan pil penahan sakit secara kerap.
Bagaimanapun ujar beliau lagi, gastritis juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut tetapi ia jarang berlaku melainkan jika terdapat ulser.

Pendarahan di dalam perut akan menyebabkan pesakit muntah darah atau membuang najis yang hitam seakan tar di mana ia memerlukan penjagaan perubatan dengan segera.
Kanser perut, selain disebabkan oleh bakteria helicobacter pylori, ulas Dr. Ramesh, para penyelidik percaya bahawa amalan memakan makanan yang diawet, termasuklah makanan yang dikeringkan, disalai atau dijeruk juga menjadi punca kanser perut.

Tambahnya, negara Jepun adalah negara yang mempunyai kadar pesakit kanser perut yang tertinggi di dunia.
Beliau memberitahu, kelambatan diagnosis kanser perut merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pakar perubatan dalam menangani kes kanser di Malaysia.
Ini disebabkan gejala kanser perut hanya timbul setelah ketumbuhan tersebut di tahap yang kronik dan terlalu lewat.
Bagaimanapun, kanser perut yang dikesan di peringkat awal (early gastric cancer) berpotensi untuk sembuh berbanding kanser perut peringkat lewat.

Untuk itu, Dr. Ramesh turut menasihatkan agar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat dalam menentukan tahap kesihatan masing-masing.
''Gaya hidup yang sihat dan amalan melakukan pemeriksaan usus dan perut sekali setahun merupakan langkah pencegahan yang paling efektif bagi mengelakkan nyawa daripada diragut penyakit itu,'' katanya.

Read more...

Kemasukan ke IPTA hanya melalui dalam talian

>> Tuesday, December 14, 2010


KUALA LUMPUR 15 Dis. – Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan para pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya boleh mengemukakan permohonan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melalui permohonan dalam talian sahaja.

Permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf untuk sesi akademik 2011/2012 boleh dilakukan melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.
Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pengajian Tinggi, selain IPTA, permohonan kemasukan itu juga membabitkan kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) seperti Politeknik dan Institut Kemahiran Mara (IKM).

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pengajian Tinggi turut menjadi pusat pengambilan setempat bagi menyelaraskan semua permohonan dan pemilihan kemasukan ke institusi tersebut.
Tambah kenyataan itu, permohonan ke program sijil dan diploma Institusi TEVT dan ILKA dilakukan secara serentak dengan permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM.

Kata kenyataan berkenaan, ia dilaksanakan secara dua fasa bagi melancarkan pengurusan permohonan kemasukan.
“Fasa pertama adalah pendaftaran permohonan yang telah dibuka pada 1 November lalu dan akan berakhir pada 31 Disember depan.
:Bagi permohonan fasa ini, pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan hanya menggunakan nombor MyKad serta kata laluan,’’ ujar kenyataan itu.

Seterusnya, kenyataan itu menambah, pengesahan permohonan melibatkan fasa kedua akan dibuka pada 10 Januari 2011 mulai jam 12 tengah hari dan berakhir pada 4 April 2011.
“Bagi permohonan fasa kedua, semua pemohon yang telah mendaftar bagi permohonan fasa pertama atau yang belum mendaftar, wajib mengemukakan permohonan dengan menggunakan Nombor Unik ID dan Nombor MyKad serta kata laluan yang boleh diperoleh di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau ATM atau SMS Banking dengan harga RM10.60.



“Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan pada 4 April 2011,’’ kata kenyataan itu.
Dijangkakan 70 peratus daripada 467,766 calon SPM tahun ini akan mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup fasa pertama.

Maklumat lanjut mengenai senarai program dan senarai kursus ditawarkan, syarat am dan khas, dasar, prosedur permohonan, kriteria pemilihan pekeliling dan penganjuran Karnival Pengajian Tinggi Negara boleh diperoleh di laman web http://upu.mohe.gov.my.

Read more...

Untukmu ibu....

>> Saturday, December 11, 2010

Read more...

Bagaimanakah bintang terbentuk?

>> Friday, December 10, 2010

Sejak ratusan tahun dahulu manusia menjadikan bintang sebagai rujukan arah berikutan kedudukannya yang tetap dan mudah untuk dikenal pasti ekoran cahayanya yang amat terang.

Sebenarnya bintang tidak berklip sebagaimana sering kita dengar ungkapan kerlipan. Namun, kerana kedudukan bintang terlalu jauh sinarannya seolah-olah berkelip.

Sehingga kini, bintang terus menjadi pujaan manusia berikutan ia merupakan antara ciptaan Tuhan yang mengagumkan.




Malah, antara bintang yang terdekat dengan planet bumi adalah matahari.
Namun tahukah anda bagaimana bintang terbentuk?
Ia terbentuk dalam gumpalan awan bermolekul iaitu sebuah medium antara bintang-bintang lain yang luas dengan kerapatan yang tinggi.

Pada peringkat awal, pembentukan bintang bermula dengan proses gas yang berkumpul lalu membentuk gumpalan awan di ruang angkasa lepas.

Gumpalan awan tersebut sebenarnya mengandungi gas hidrogen dan sekitar 23 hingga 28 peratus gas helium serta beberapa peratus elemen berat.

Setelah beberapa lama, teras awan tersebut bertukar menjadi sebuah kawasan yang memiliki kepadatan yang amat tinggi sehingga tidak stabil secara graviti, berpecah dan berlakunya letupan.
Sebahagian daripada daya graviti teras bintang yang hilang dalam kemusnahan tersebut bertukar sebagai haba infra dan sekali gus meningkatkan suhu teras.

Apabila kepadatan dan suhu menjadi cukup tinggi, pelakuran deuterium bermula, seterusnya tekanan luaran menghasilkan sinaran secara memperlahankan.
Manakala bahan lain dari gumpalan awan disekelilingnya akan berterusan diserap ke dalam proto bintang.
Akhirnya, hidrogen mula bergabung diteras bintang, dan bahan penyalut yang lain mulai hilang.
Bagi bintang berjisim tinggi, tempoh proses pembentukannya boleh dibandingkan dengan skala masa lain bagi evolusi mereka. Ia lebih pendek, dan proses tersebut tidak ditetapkan dengan jelas.

Bintang akan mencapai jujukan utama apabila terasnya mencapai suhu yang mencukupi untuk mencetuskan perlakuran hidrogen dan memulakan keseimbangan hidrostatik.
Sepanjang bintang yang berada di dalam jujukan utama, ia secara perlahan-lahan menukarkan hidrogen kepada helium dan hayat bintang dalam jujukan utama akan tamat apabila hampir ke semua hidrogen dalam teras habis digunakan.

Proses pembentukkan bintang tersebut memakan masa yang amat panjang iaitu jutaan tahun.

Read more...

Membuat Salam Penutup Pada Blogger | Tutorial

Salam penutup ini ialah ketika Anda keluar dari Blog rakan Anda atau blog Anda sendiri, 
saat di close maka akan muncul pesan teks yang berupa salam penutup. Misalnya " Terima kasih telah berkunjungpada Blog ini". Cara ini mungkin pernah Anda jumpa di berbagai blog teman Anda.

Langkah 1
Login ke Akaun blogger Anda --> Design --> Edit HTML

Langkah 2
Kemudian cari kode </head>
Kemudian Copy kode dibawah ini tepat dibawah kode </head>

<script type='text/javascript'>
// goodbye alert
function goodbye(){
alert('Eeeeitss!!!JANGAN DI CLOSE DULU !!Silahkan Kembali dan Beri Komen Anda! Terima Kasih !!');
}
parent.window.onunload=goodbye;
</script>

Kemudian Save.

Read more...

New Google AJAX Search API | Tutorial


Langkah 1

Login Ke Blogger --> Desgin --> Add Widget

Langkah 2

Edit Kode dibawah ini.

<!-- Google-Search-Element-STARTS-http://jeritanblog.blogspot.com-->
<div id="cse" style="width:100%;">Loading</div><script src="http://www.google.com/jsapi" type="text/javascript"></script><script type="text/javascript">google.load('search', '1', {style: google.loader.themes.BUBBLEGUM});google.setOnLoadCallback(function(){var cse = new google.search.CustomSearchControl();cse.draw('cse');}, true);</script>
<!-- Google-Search-Element-STΟPS-http://inspirasimylife.blogspot.com-->

Anda boleh ubah kode warna oren tersebut ke pada yang ada dibawah ini.
BUBBLEGUM

BUBBLEGUM Themes Google AJAX Search API

ESPRESSO

ESPRESSO Themes Google AJAX Search API

GREENSKY

GREENSKY Themes Google AJAX Search API

MINIMALIST

MINIMALIST Themes Google AJAX Search API

SHINY

SHINY Themes Google AJAX Search API

Setelah selesai masukkan kode yang telah disiapkan tadi didalam widget dan klik save.

Read more...

Tahun Baru islam kembali lagi!

>> Thursday, December 9, 2010

Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah asar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal soleh tersebut diterima oleh Allah Swt.


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Biasa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

Read more...

In islam we trust

Read more...

9 petua capai doa mustajab

>> Wednesday, December 8, 2010

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab:

1. Anas bin Malik meriwayat kan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” 

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap
malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa
kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.”
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak
ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-
Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya
adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam
jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu
melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan
daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang
bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan.
“Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”

7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan
dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku berdoa
tetapi tidak dimakbulkan.’”

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Read more...

Apa itu erti kesabaran?

Kesabaran merupakan asas keimanan kepada seseorang muslim.Kesabaran lahir dari hati yg suci dan ikhlas serta tenang meghadapi segala-galanya dgan tenang dan tabah.Kesabaran juga menjadi asas kepada kehidupan seseorang dalam menjalani kehidupan seharian.tanpa kesabaran segala pekerjaan yang dilakukan mungkin akan mengalami kerugian.Seseorang manusia pasti akan melakukan sesuatu di luar kawalan manusia sekiranya konsep kesabaran tidak diaplikasikan di dalam kehidupan mereka.Kerana itu bnyak perkara yang tidak diingini ‘hadir’ dalam hidup manusia.Kesabaran tidak hanya tertumpu dan terbatas hanya dgan gerak daya yang perlahan,tetapi ianya membawa banyak maksud.kesabaran hati juga memainkan peranan pling penting dlm khidupan manusia.Hati yang sabar akan tenang meghadapi segala liku2 hidup yang kian mencabar dan mugkin boleh membuatkan seseorang hilang kewarasan jika tidak dikawal mngikut cara yang betul.


   Di dalam konsep keimanan pula,kesabaran menjadi asas paling penting.ianya terbukti di dalam perlaksanaan solat fardhu mahupun sunat.Solat yang khusyuk lahir dari hati yang sabar kerana setiap pergerakan yang di lakukan memupupuk sikap kita supaya tidak tergesa2 dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Oleh itu bersabarlah kamu setiap masa,sesungguhnya kesabaran itu membawa kepada keharmonian hidup serta menjadikan hidup kita lebih sempurna dari sebelumnya..

Read more...

Perjalanan Dunia Destinasi Akhirat

Kehidupan dunia adalah sementara yang merupakan persinggahan yang pasti dilalui. Dunia ibarat lapangan peperiksaan kita selepas menempuh satu pengajian yang lama ketika berada di alam roh dan rahim. Peperiksaan ini harus ditempuhi sama ada kita bersedia atau sebaliknya.


Bagi mereka yang peka dan tahu apa yang harus dilakukan, semestinya telah membuat persediaan rapi dari awalnya lagi, agar setiap jawapan yang dicoret akan menghasilkan nilai yang tinggi, dan seterusnya mendapat tempat di menara gading iaitu Syurga.

Aturlah kehidupan dari sekarang, jangan terlopong kekosongan antara liang-liang usia meninggalkan bekas kekotoran akibat perbuatan tangan sendiri. Degil kekotoran sukar dibasuh, apatah lagi menanggalkan jejaknya.
Kadang-kadang terasa lemah, dan rasa tidak bermakna untuk menyampai dan mengajak kepada kebaikan, kerana dirasakan kita tidak mampu mengubah apa-apa, sedangkan perubahan tersebut bukannya sekejap, tapi kadang-kadang memakan masa bertahun-tahun.
Manusia yang bertemu Allah swt dengan membawa hati yang sejahtera adalah manusia yang mempersembahkan pita rakaman kepada segala ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah swt semasa menunaikan kewajipan hidup di dunia. Kejayaan di dunia hanya sebuah perjalanan, bukannya destinasi abadi kita. Carilah Dia.
Bagaimanakah Caranya?
Ilmu Tauhid adalah ilmu mengenal Allah swt. Dengan memahami ilmu sains, kefahaman kita kepada Allah swt akan menjadi lebih berkesan, sebagaimana contoh orang purba pun pandai membuat rumah, tetapi dengan sains dan teknologi, teknik membuat rumah menjadi lebih berkesan dan menghasilkan rumah yang jauh lebih baik. Kalau pemikiran kita terbuka kepada manhaj ilmu sains (akal rational), insha-Allah, kewujudan Allah swt akan menjadi lebih bermakna pada kita sebagai muslim dan mukmin.
Kesubjektifan sesuatu perkara diukur dari pengetahuan asal dan pengalaman yang telah dilalui oleh seseorang. Sebagaimana Allah swt mengajar Nabi Nuh as supaya berdoa memohon daripada meminta sesuatu yang tidak diketahui kesan dan akibatnya, begitu juga kita perlu kembalikan pengharapan bagi proses mencerahkan pemahaman agama kita kepada Allah swt. Sudah terang lagi bersuluh, jika Allah swt mahukan kebaikan ke atas seseorang itu, maka akan Allah swt berikan kefaqihan dan kesahihan dalam beragama.
Analoginya, kita melatih kanak-kanak secara perlahan (gradual proses) untuk memahami sesuatu. Berkembangnya pemikiran kanak-kanak bermakna dia mendapat penambahbaikan dari segi pemahaman pada kehidupan. Kiranya kita boleh berinteraksi dengan situasi itu, maka adalah sama situasinya dengan kemajuan untuk mengenal Allah swt, bagi orang dewasa. Ia bekembang dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi, dengan syarat, ada keterbukaan orang yang beranggapan itu.
Kalau dilihat sebagai 'instruction manual', penulis kira kesemua sistem ini akan menerangkan bagaimana hendak mendapatkan manfaat terbaik dari sesuatu, iaitu dengan mengenalnya dan menggunakannya. Apabila telah mengenalnya barulah timbul rasa hormat dan kemahuan menjaga mengikut panduan yang diberikan. Oleh itu tujuan hidup lebih kepada mengenal-Nya dan kemudian mengabdikan diri kepada-Nya setelah mengenal.
Awal agama itu ialah mengenal Tuhan. Islam adalah agama wahyu. Bukan berlandaskan rasional akal dan kajian saintifik semata-mata, namun Islam amat menggalakkan penganutnya menggunakan seluruh anugerah akal demi membangunkan tamadun manusia.
Ilmu dan pengetahuan menjadikan Adam terpilih untuk memimpin bumi ciptaan Allah. Faqih dalam agama adalah asas dan tunjang, juga bertindak sebagai pengawal kepada gelojohnya nafsu dan pemikiran yang tersasar.
Muhasabah
Sibukkanlah diri dengan amal yang memberi saham kepada kita, usah dikira habuannya di dunia, lebih penting menjadi baucer kita bertemu Tuhan di destinasi terakhir kelak, yaumul akhirah. Tiada pelaburan yang lebih baik berbanding pelaburan akhirat. Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui" (As-Saff,61:10-11)

Read more...

JejaK...

Hosted by imgur.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP